mcmc
Laporan Aktiviti

Soal Selidik Aplikasi Mudah Alih Nasional

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami ingin memaklumkan bahawa MCMC sedang melakukan tinjauan umum mengenai konsep yang dicadangkan ‘Aplikasi Mudah Alih Nasional’.

1. Objektif tinjauan adalah untuk mendapatkan pandangan masyarakat dan mengukur penerimaan mereka terhadap cadangan pelaksanaan “Aplikasi Mudah Alih Nasional” sebagai pusat sehenti untuk perkhidmatan digital Kerajaan dan perkhidmatan digital terpilih dari entiti sektor swasta.

2. Tinjauan dalam talian telah dilancarkan pada 15 September 2021 dan akan berlangsung sehingga 6 Okt 2021.

Sehubungan dengan itu, kami mengajak rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam tinjauan soal selidik ini:

http://bit.ly/AppNasional

Klik Sini