mcmc
Pelancongan

Pusat Rekereasi Kolam Air Panas Kg Tenang LAbis

Pekan Air Panas adalah sebuah pekan kecil dalam daerah Segamat. Pekan ini terkenal dan mendapat nama sempena air panas yang terdapat di sini. Terletak kira-kira 14 kilometer dari Pekan Labis melalui jalan raya persekutuan. Pekan ini juga dikenali sebagai Tenang (jangan keliru dengan Tenang Stesen, salah satu pekan lain di dalam daerah Segamat juga. Penduduk berbilang bangsa iaitu sebilangan kaum Cina mejalankan perniagaan di pekan kecil Pekan Air Panas dan juga komuniti masyarakat Melayu dan Orang Asli mendiami sebahagian Besar Kampung-kampung berhampiran. Selain daripada itu juga di sini terdapat beberapa perkampungan orang asli seperti Bekok, serta Empangan Juaseh dan juga di pekan ini terdapat dusun buah mata kucing yang banyak. Dari segi kemudahan infrastruktur, terdapat beberapa kemudahan dan infrastruktur yang disediakan seperti Kolam Mandi, Taman Permainan, Wakaf, Surau,Tempat Meletak Kenderaan, Kiosk atau gerai jualan dan sebagainya.