mcmc
Laporan Aktiviti

Program Merdeka & Hari Malaysia @ NADI

Tarikh7 September 2025
Masa10:00 pagi – 4:00 petang
TempatNADI Taman Perling
PesertaKomuniti NADI

Tujuan

Program ini bertujuan untuk mengaktifkan penggunaan NADI sebagai pusat interaksi sosial, pendidikan dan digital rakyat. Selain itu, program ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan nasional melalui aktiviti di peringkat komuniti. Di samping itu, program ini juga dapat memupuk rasa cinta kepada negara merentasi semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dilakukan ialah peserta membuat saringan kesihatan dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah, paras gula dan BMI secara percuma. Selain itu, pertandingan e-sport dan pertandingan mewarna kategori pelajar sekolah rendah serta aktiviti menonton filem kemerdekaan turut diadakan. Di samping itu, turut diadakan pertandingan bertemakan kemerdekaan seperti pertandingan memasak, pertandingan pakaian tradisional, pertandingan gambar Merdeka di photobooth NADI dan pertandingan menghias makanan. Pendaftaran keahlian NADI secara percuma turut dilakukan kepada pengunjung program yang hadir.

Gambar di sini