Tarikh : 27 Mei 2016
Hari : Jumaat
Masa : 9.30 Pagi 5.30 Petang
Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Taman Perling
Sasaran murid dalam lingkungan berumur 12 tahun hingga 15 tahun. Tujuan pembelajaran ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar mengenai Asas Komputer dan fungsi komponen komputer yang paling asas diterapkan. Juga diadakan penerangan dan praktikal asas menggunakan Microsoft Word.
Setelah sesi pembelajaran tamat, pelajar diberi tugasan dalam tempoh 2 hari untuk menyiapkan tugasan bertajuk Tentang Saya mengikut format yang diberi oleh petugas pengajar Pi1m Taman Perling.
Selepas itu ujian mengenai Asas Pengkomputeran juga di beri pada 3 Jun 2016