mcmc
Pelancongan

Hutan lipur Sungai Bantang Bekok

Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17 seluas 210.93ha dan Kompartmen 18 seluas 156.28ha. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. dan 8 km dari Pekan Bekok. Tema “Destinasi Rekreasi Luar Anda” telah di perkenalkan oleh Jabatan Hutan Daerah Segamat bagi tujuan perkhemahan dan perkelahan. Kawasan ini mempunyai keunikan alam semulajadinya yang tersendiri. Kegemersikan alunan percikan air yang jernih. Kemerduan nyanyian Sang Ungas. Keindahan yang membawa ketenangan dan kedamaian kepada sesiapa yang berkunjung ke sini pastinya meninggalkan memori yang indah.