mcmc
Maklumat Am

Maklumat Am

                         

Taman Perling Labis teletak di Mukim Labis 3 didalam daerah Labis. Pekan terdekat adalah pekan Labis dengan jarak lebih kurang 3km sahaja. Jarak perjalanan ke Bandar Muar lebih kurang 91km sehala dan ke Segamat 30km sehala. Pekan kecil berhampiran yang lain ialah pekan Chaah dengan jarak 16.3 km menghala ke Selatan. Taman ini dihubungkan dengan kemudahan jalanraya yang berturap Tar.

               Taman Perling Labis ditadbir dibawah pentadbiran Badan Kebajikan Taman Perling yang di ketuai oleh seorang Pengerusi yang dilantik dikalangan penduduk Taman.. Taman ini juga di bawah Parlimen Labis dan didalam kawasan Dewan Undangan Negeri N 05- DUN Tenang dan DUN Bekok N06.

                Semua urusan Taman berkaitan surat menyurat, pendaftaran kelahiran atau kematian, pentadbiran sekolah, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan telekomunikasi serta utiliti dibuat di pekan Labis dan Bandar Segamat dengan Jabatan berkaitan. Manakala semua urusan yang berkaitan tanah/ perwarisan, kes jenayah atau kemalangan dibuat di Pejabat Tanah Daerah Labis dan Balai Polis Labis, berdasarkan lokasi geografi Taman.

                 Taman Perling ini di majukan pada tahun 1997/ 1998 dan mempunyai 3 Fasa pembinaan rumah dan rumah kedai. Taman Perling ini pada asalnya mula dibina dengan fasa 1 iaitu Rumah Kedai dan Rumah Teres(Jalan Kemuning 2 / Jalan Kemuning 7), Rmh Semi D(Jalan Kemuning 6).

               Taman ini mula diduduki oleh Penduduk pada sekitar Tahun 1999 dengan jumlah seramai 50 orang keturunan melayu, Cina dan India dan terletak berhampiran dengan Kg Sg Gatom dan Perumahan Jalan Muar.

                Pada keseluruhannya bilangan penduduk yang tinggal di Taman ini berjumlah lebih kurang 1300 orang. Bilangan statistic tersebut merangkumi kategori keluarga Tuan Rumah, petugas Felda dan Felda Plantation, Kakitangan Sektor Kilang- kilang, kakitangan guru sekolah kebangsaan dan menengah, kakitangan Klinik Kesihatan, anggota PDRM,  kakitangan Jabatan Perhutanan, Kakitangan Driver Lori, serta Suri Rumah yang menetap di Taman Perling Labis.

                Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Tenang N05 

                Yang Berhormat Puan Haslinda binti Salleh

                Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Bekok N06

                  Yang Berhormat Tan Chong

                Ahli Parlimen Labis P 142

                Yang Berhormat Pang Hok Liong