mcmc
Makanan

Makanan

Mak Leha Satay Labis

Perusahaan Satay Mak Leha sememangnya bagi orang labis, tidak lari dengan rasa enak dan cukup rempahnya. Lazimnya perusahaan mereka ini dikatakan adalah perusahaan turun temurun keluarga. Pada masa ini perusahaan keluarga mereka diuruskan oleh anak bongsu kepada Mak Leha iaitu saudari Aisyah bin Roslan. Turut dibantu sepupu dan juga pak cik beliau dalam menjualnya pada sebelah malam setelah proses menyucuk siap disiang hari. Tempat perniagaan Satay tersebut adalah dihadapan S.R.J.K (c) Labis. Menurutnya lagi perusahaan mereka cuti pada hari isnin. Perusahaan mereka juga boleh menerima tempahan dari kalangan pelanggan yang mahukan Satay dalam apa jua majlis yang memerlukan Satay panas dibakar on the spot. Selain itu tempahan dalam bentuk Frozen juga dilakukan bagi memudahkan pelanggan yang berada diluar kawasan Labis dan Johor.

**Sekiranya anda berminat bolehlah menempah sekarang di Nombor Telefon yang tertera pada gambar di atas.

 

Damiya’s Kek

Perusahaan Kek Damiya diusahakan oleh seorang kakak yang bertempat di Taman Perling Labis di kawasan rumah kedai tingkat bawah. Beliau menjalankan perusahaan ini disini lebih 5 tahun dan telah memenuhi kehendak pelanggan yang berkunjung serta menempah kek mengikut citarasa pelanggan. Antara kek – kek yang penah dibuat untuk majlis – majlis perkawinan, sambutan hari jadi dan majlis keraian serta persendirian individu. Beliau berkata harga sebuah kek mengikut berat dan saiz serta corak dan hiasan yang diminta oleh pelanggan – pelanggannya.