mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Shasa Sahiella Binti Ahmad Zohdi

Nama :Shasa Sahiella Binti Ahmad Zohdi
Umur : 31 tahun
Ahli : 2014

Latar belakang

Pn Shasa merupakan pengasas kepada GG Food di mana syarikat beliau membuat, membekal dan menjual kuih muih tradisional secara sejuk beku

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempromosikan barang jualannya menerusi kaedah fizikal iaitu dengan menggunakan flyers atau dari mulut ke mulut. Beliau berkata menerusi kaedah ini perniagaannya hanya tertumpu kawasan setempat da n tidak dapat diperluaskan kepada pihak luar. Namun begitu beliau harus mencari alternatif lain untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Shasa berasa gembira selepas diberi tunjuk ajar kepada beliau oleh petugas Pusat Internet (PI). Beliau berasa bangga kerana dapat mengiklankan produk buatanya menerusi atas talian dan mendapat maklumbalas yang menarik daripada pelanggan luar yang melihat posting di Facbook beliau. Capaian untuk pelanggan yang bukan hanya setempat tetapi pelanggan diluar kawasannya juga.