| Nama | :Mohd Faizal Bin Indra |
| Umur | : 27 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar belakang
En Faizal merupakan peniaga kecil makanan di mana beliau memulakan perniagaan keluarga dengan bantuan ibu bapanya menjual burger di pasar – pasar malam. selepas kesihatan ibunya kurang dan bapanya telah meninggal dunia. maka beliau mengambil keputusan setelah berkawin ingin mempelbagaikan menu apam balik yang dulu hanya dikenali sebagai apam balik kekacang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau mempromosikan barang jualannya menerusi kaedah iklan fizikal iaitu dengan menggunakan mulut ke mulut dan sedikit risalah kepada jiran tetangga berhampiran rumah beliau. Walaubagaimanapun beliau bersama isteri tersayang telah menyedari bahawa teknologi masa kini perlu dipelajari untuk mengembangkan perniagaan yang diusahakan. Beliau telah datang ke Pusat Ekonomi Digital Taman Perling dan ingin belajar bagaimana untuk mengiklankan produknya itu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau telah berjaya menggunakan teknologi ICT seperti facebook dan juga whatsap sebagai medium mengiklan produknya. Beliau sungguh terharu kerana ada yang sudi mengajarnya tentang cara – cara mengiklankan agar pelanggan dari segenap tempat dan lapisan dapat mengetahui produk jualannya itu. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat internet kerana memberi peluang belajar dan ruangan tempat belajar yang selesa.

