Faktor keselamatan adalah penting bagi memastikan sesuatu kawasan itu terhindar daripada sebarang kes jenayah. Oleh itu, pertubuhan keselamatan perlu memainkan peranan penting untuk mengawal keselamatan kampung dan taman. Begitu juga di Taman Perling Labis mempunyai Kejiranan Rukun Tetangga(KRT) dan S.R.S dalam memantau keselamatan penduduk setempat. Jika ada sebarang masalah yang berkaitan dengan ancaman jenayah boleh di laporkan ke pihak AJK-AJK KRT atau S.R.S atau Badan Kebajikan Taman Perling sebelum dibawa ke balais polis Labis untuk tindakan selanjutnya
Selain itu , kawasan Taman Perling ini juga sering dikawal dan di pantau oleh anggota S.R.S yang dilantik . Anggota S.R.S ini akan meronda setiap malam secara bergilir – gilir demi menjaga keselamatan Taman Perling ini . Mereka membuat rondaan berkala dari masa ke semasa serta mereka juga akan membuat sekatan jalan di pintu masuk Taman Perling mahupun dijalan-jalan yang menghubungkan jalan masuk ke Taman Perling untuk membuat pemeriksaan kepada sesiapa yang keluar masuk bagi mengelakkan berlakunya jenayah dan kecurian.
