mcmc
Laporan Aktiviti

KDB Bersama Pi1M Chemplak Barat

Tarikh : 6 April 2018
Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
Lokasi : Pi1M Chemplak Barat
Peserta : Komuniti setempat

 

Tujuan

Tujuan Utama adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan Aplikasi Dashboard Komuniti PI1M dan cara penggunaannya. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan awal dan menyediakan ruang bagi aktiviti keusahawanan dalam kalangan usahawan-usahawan tempatan mahupun komuniti setempat serta kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) Di samping aktivti pembelajaran dan pengajaran juga dijalankan kepada komuniti setempat dengan modul-modul ICT yang terkini serta hebahan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PI1M dan Pengambilan Ahli PI1M yang baru.

Aktiviti

Para perserta diberikan sesi penerangan tentang kempen klik dengan bijak. Selain itu, kempen ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mendidik komuniti mengenai etika dan keselamatan dalam mengendalikan sesuatu maklumat secara atas talian. Sesi pengajaran dan pembelajaran untuk modul E- Dagang. Setiap perserta diberikan tunjuk ajar mengenai pemasaran atas talian, cara untuk mendaftar perbankan internet serta tatacara pembangunan laman web melalui blog dan media sosial. Peserta diterangkan mengenai aplikasi dashboard terutamanya MyHealth, Myshop dan MyPlace. Aktiviti saringan kesihatan juga dijalankan untuk memeriksa tahap tekanan darah. Selain itu aktiviti penyuntingan gambar produk dan kaedah mengambil gambar yang tepat untuk di iklankan juga diajar melalui aplikasi Myshop.Manakala untuk Myplace pula para peserta diajar bagaimana untuk memplot lokasi-lokasi menarik disekitar PI1M Felda Chemplak Barat

Gambar di sini