|
Tarikh |
: 23 September 2017 |
|
Masa |
: 8.30 pagi – 2.30 petang |
|
Lokasi |
: Pi1M Taman Perling |
|
Peserta |
: 27 orang |
Tujuan
Program ini dihadiri seramai 27 orang terdiri dari semua golongan tempatan. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai apa itu Dashboard Komuniti dan menerangkan fungsi – fungsi kegunaan aplikasi tersebut kepada mereka. Disamping itu mereka diberi taklimat tentang Advokasi KDB dari pihak petugas Pi1M Taman Perling Labis.
Aktiviti
Permulaan aktiviti ini adalah pengunjung diberi sedikit sebanyak tazkirah untuk memantapkan lagi keagamaan islam mereka. Selepas itu mereka diberi penerangan dan latihan tentang cara- cara menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti tersebut. Mereka juga disuruh untuk muat turun aplikasi tersebut dan menggunakannya secara praktikal bersama dengan petugas Pi1M.Selain itu Petugas Pi1M juga mengambil kesempatan dalam menyampaikan maklumat KDB kepada meraka yang hadir.