Pusat Internet 1 Malaysia di bawah site Kluster Segamat telah menyertai satu Program Riuh- riuh Santai Aje yang di anjurkan oleh Dato’ Senator Noriah Mahat Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh pada 7 Disember 2016 bermula jam 2.30 Petang hingga 6.00 Petang. Pi1M di bawah Site Kluster Segamat telah mengambil inisiatif dengan mengadakan pameran dan juga sesi taklimat serta penerangan aplikasi Dashboard kepada pengunjung. Tidak lupa juga pendaftaran ahli Pusat Internet 1 Malaysia diadakan dalam masa yang sama. Dato’ Senator Noriah Binti Mahat telah meluangkan masa bersama Booth Pi1M bagi mendekati dan memahami tentang Pusat Internet dan juga Aplikasi Dashboard. Disamping itu juga pelbagai hadiah dan juga goodies untuk para pengunjung dashboard serta yang mendaftarkan diri sebagai ahli Pi1M layak menerima hadiah atau goodies yang telah ditetapkan.