Pusat Internet 1 Malaysia Site Segamat telah menyertai Majlis Hari Sukan Negara di Dataran Segamat yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Segamat pada hari Jumaat (7.10.2016) petang hingga Sabtu(8.10.2016) petang yang mana bermula pada Jumaat petang iaitu persiapan tempat dan pada sebelah malam Jumaat tersebut mempunyai acara Autoshow, dan juga ada satu Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Segamat dan sebagainya.Pada esok hari(Sabtu) bermula lah acara sukan yang telah ditetapkan oleh Pejabat Belia Daerah Segamat. Selain itu juga terdapat pameran dan juga pemeriksaan kesihatan yang disertai dari pelbagai agensi mahupun kelab.tidak lupa juga Pusat Internet telah mengadakan pameran dan juga penerangan mengenai Dashboard serta pendaftaran ahli yang disertakan goodies bagi pengunjung yang mendaftar ahli disitu. Sambutan yang menggalakkan dari pengunjung serta peserta yang hadir di booth Pi1M.
Gambar – gambar Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Segamat sila ke ruangan gallery photo.