Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.
Pelaksanaan program ini sudah berada di Fasa Pertama yang mana ianya berlangsung dari 1 September – 30 November 2016 serentak di seluruh Malaysia.
Program ini turut mendapat kerjasama dari komuniti pereka grafik terbesar di Malaysia “Grafik Malaya” (GM).
Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dilayari di pautan berikut: http://www.dakwahdigitalkdb.my
Hadiah Pemenang Utama sebanyak rm5,000 perlu dimenangi.
Jom sama – sama menyertai mereka poster yang menarik dan mengasah bakat yang ada dalam diri anda. Menang kalah belakang cerita yang penting anda mahu mencuba.