AI TRAINING @ NADI

Laporan Aktiviti | 14 June 2026
Tarikh14 JUN 2026
Masa9.00 PAGI – 1.00 PETANG
TempatNADI TAMAN PERLING
PesertaBELIA & PELAJAR GIAT MARA

Program Latihan Pendidikan Pencipta Kandungan AI telah berlangsung pada 14 Jun 2026 (Ahad), 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di NADI Taman Perling dengan kerjasama TM, MSD, MMU, NADI dan Pejabat Parlimen Labis.

Program ini dikendalikan oleh Prof. Dr. Junaidi Bin Abdullah, Pensyarah MMU, dan disertai oleh 26 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, belia dan pelatih GIATMARA Labis.

Antara pengisian utama ialah latihan menghasilkan prompt AI untuk penjanaan gambar dan video menggunakan ChatGPT dan Canva AI, di samping sesi latihan hands-on bersama peserta. Turut ditekankan ialah penggunaan AI secara betul, selamat dan beretika bagi memastikan teknologi dimanfaatkan secara bertanggungjawab.

Program ini berjaya memberi pendedahan asas serta meningkatkan kemahiran peserta dalam memanfaatkan AI sebagai medium penciptaan kandungan digital yang kreatif dan produktif.

Gambar di sini