Taman Perling dibangunkan oleh Pemaju Perumahan yang dikenali sebagai Sia Her Yam di mana projek Perumahan telah mula beroperasi pada sekitar tahun 1997.
Nama Perling itu berasal daripada nama Seekor burung yang dahulunya menghuni kawasan Taman ini sebelum satu projek perumahan yang kendalikan oleh Pemaju Sia Her Yam. Sebelum adanya Taman Perling ini tanah asal kawasan Taman ini adalah tanaman getah yang diusahakan oleh penduduk sekitar Labis..
Selain itu, ada juga ada yang mengatakan bahawa sebelum adanya tanaman getah, kawasan Taman Perling ini adalah kawasan Paya terbiar yang telah lama tidak di terokai dahulu kala dan selepas itu barulah wujudnya Tanaman Getah sehingga pada tahun 1998 pihak pemaju telah menampakkan kawasan ini boleh dimajukan sebagai kawasan Taman yang sekarang ini dipanggil Kawasan Taman Perling.
Fasa satu telah dibina iaitu bermula dengan Rumah Kedai di bahagian hadapan sebanyak 13 buah kedai 2 tingkat. Disusuli dengan pembinaan Rumah Teres 1 tingkat sebanyak 13 buah rumah (Jalan Kemuning 2) dan Rumah Semi D satu tingkat ( Jalan Kemuning 6) sebanyak 12 buah rumah. Kemudian 7 buah Rumah Teres 1 tingkat (Jalan Kemuning 7) salah satunya rumah korner lot telah dijadikan rumah contoh yang sekarang telah didiami oleh (Wak Lan Satay).
Fasa kedua telah dibina rumah teres 1 tingkat iaitu bermula (Jalan Kemuning 3, 4, 5) dan tambahan Rumah Semi D 4 buah rumah (Jalan kemuning 6).
Fasa ketiga juga telah dibina Rumah Teres 2 tingkat iaitu bermula (Jalan Jaya, Jalan kemuning 10, dan Jalan Kemunign 5). Selain itu juga terdapat Rumah 1 tingkat di Jalan Kemunig 11 telah dibina pada masa yang sama.
Bermulanya sejarah penubuhan pakatan penduduk yang dikenali sebagai Persatuan Penduduk Taman Perling yang berdaftar yang pada masa itu Pengerusi Persatuan Penduduk ialah Hj Rahman (Warden SMK Munshi Ibrahim Labis). Beliau telah menyatukan penduduk Taman Perling yang berbilang kaum dengan melantik Ahli- ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Perling dan membuat aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dari segi majlis perkahwinan, gotong royong dan sebagainya. Beliau juga telah mewujudkan papan tanda kecil (Nama Tuan Rumah, Nama Jalan dan No Rumah) bagi setiap rumah di Taman Perling Labis yang di paparkan di bahagian tembok hadapan rumah penduduk masing-masing untuk memudahkan penglihatan pelawat-pelawat mengetahui tuan rumah yang mereka cari.
Tidak lama kemudian, selepas Persatuan Penduduk Taman Perling wujudnya Penyatuan penduduk yang dikenali sebagai Badan Kebajikan Taman Perling yang di Pengerusikan oleh Hj Mohd Noor Bin Hj Taib sehingga ke hari ini.Pembubaran Ahli-ahli Jawatankuasa juga telah dilakukan dari tahun ke tahun(jika perlu).
Info Taman Perling
- Nama : Perling.
- Koordinat : 2.37788 [E] 103.018 [N]