Toha Interprise
Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kini semakin berkembang dalam negara terutama kepada mereka yang ingin menambah hasil pendapatan dan ingin berjinak-jinak dalam perniagaan. Kerajaan turut memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk membantu mereka-mereka yang ingin memulakan perniagaan dari segi bantuan modal permulaan serta bantuan barang keperluaan perniagaan.
Salah satu produk tempatan yang ada di sini ialah pengusaha cakar ayam serta kuih sepit. Di usahakan oleh penduduk tempatan, produk ini dihasilkan sendiri oleh Encik Toha.
Sekiranya berminat untuk menempah boleh terus menghubungi En. Toha di talian 0137625320.
Z&Z Enterprise
Perusahaan ini berkembang atas inisiatif pasangan bahagia yang bernama En Zaidi dan juga isterinya Pn Zaleha, nama perusahaan ini sangat kreatif apabila tercetus idea dari pasangan ini yang diambil dari huruf Z antara nama pasangan tersebut. Mereka menjalankan produk sejuk beku yang tidak asing lagi bagi penduduk tempatan yang ingin membeli produk 100% bumiputera keluarannya. Mereka menjual produk sejuk beku antaranya ialah burung puyuh, daging kambing, ayam, bebola ikan serta lain-lain yang berkaitan yang dihasilkan oleh pengeluar bumiputera. Lokasi Z&Z Enterprise ini bertempat di hadapan kawasan Taman perling Labis Johor.







